國際駕駛學院有限公司
DRIVING INSTITUTE SDN. BHD.
Contact Us
 
     
 
 
     
 
LESEN

Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-

  • Lesen Memandu Pelajar (LDL)
    Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
    Dokumen yang diperlukan
  1. Borang JPJ L1
  2. Kad Pengenalan/Pasport (asal/salinan).
  3. Sijil Kursus Teori dan Amali 6 jam (JPJL2B)
  4. Kad Penetapan Ujian Memandu JPJL3.
  5. Sijil/Slip Keputusan Ujian Bahagian 1.
  6. Gambar warna 1 keping (25 mm x 32 mm).
  7. Surat permohonan pengecualian Sijil JPJL2B (jika telah memiliki Lesen Memandu Kelas B2 )
  8. Kad Pendaftaran Kenderaan sendiri atau dengan kebenaran tuan punya kenderaan bagi permohonan dari calon cacat (jika tidak memiliki kenderaan sendiri).
  • Lesen Memandu Percubaan (PDL)
    Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL)
    Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
  • Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
    Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
  • Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
    Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
 
     
 

Kelas
Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
A - Kenderaan orang cacat
B - Motosikal melebihi 500 cc
B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
C - Motosikal roda tiga
D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg